BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 24, 2011

Skuad! Skuadddd Sedia!!!!

Entry yang terlewat upload.  Gambar ni aku ambil masa kami semua pergi ke Pameran Tentera di Museum Tentera, Port Dickson.  Kami tak plan pun nak pergi ke sana, tapi dek kerana frust tak dapat tengok belon panas kat Putrajaya hari tu, kami pun terus lah ke PD untuk menghilangkan duka...huhuhu





Tak dapat naik belon, dapat naik keto perisai (Condor) pun jadilah!!!  Tapi, seriusly bukan senang nak dapat peluang naik Condor ni tau.  En Sarjan yang jaga line sendiri mengaku, yang selama dia jadi askar ni, belum pernah pun dia merasa naik.  Jadi, kiranya kami ni bertuahlah dapat merasa naik Condor ni walaupun se round je.. Tiketnya tak mahal, cuma RM1 untuk seorang penumpang!!!  Murah banget!!!  Yang pastinya, Yaya & Nana seronok sangat dapat naik.. lagi-lagi dapat duduk kat atas bumbungnya tu.. memang BEST!!  tak puas kata Yaya, nak naik lagi tapi tak larat nak beratur dah... ramai yang menunggu.....  Dan, buleh tahan laju jugak Condor ni bergerak!!!




Bergambar dengan patung sejarah awal tentera di Tanah Melayu... Macam uniform dalam citer Sarjan Hassan kan...




Wah x2... bergaya dengan M16 pulak si Yaya ni... 




Tabik springgggggg!!!  Ada gaya tak Yaya jadi askar..hehehe..  Perasan tak T-shirt yang dia pakai.. gambar belon Doraemon tuh!!! T-shirt ni beli kat pameran belon Putrajaya tu lah... Jadilah, buat kenang-kenangan....




Tepi sikit, askar berkuda nak lalu....hehehe... steady & control macho plak Nana ni ya.. kalau kuda betul, mau dia lari... berani-berani takut dia ni dengan binatang-binatang!!!  Dengan kucing pun takut, apatah lagi kuda..hehehe




Bergambar dengan patung-patung yang berpakaian pelbagai jenis pakaian intiadat bagi Armour Diraja.  Macam-macam jenis dan kaler yang ada... Misti segak abang-abang askar pakai baju istiadat ni kan....hehehe


Nampaknya, memang berbaloi betul bawak Buchuks ke Museum Tentera ni.  Banyak pengalaman dan pengetahuan yang aku dapat.  Banyak lagi yang ada di pameran tu.  Tapi, yang lain-lain tu akan aku upload kemudian ya.  Dah loteh sobonar er den ni hah...


Pesanan aku, sesiapa yang tak pernah melawat Museum Tentera ni, sila-silakanlah berkunjung ke sana ya.  Tak rugi!!!


Amimarzsays : Bila besar nanti, Nana nak jadi Askar... buleh gitu!!! huhuhu

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...