BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 31, 2011

Jangan sampai jadi buluh.

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak
benarkan?

Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia
lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah-celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau ! bapa
aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah.

Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku
balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, "Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!

Panggggggggggggggggggg.

Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

Aduhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

"sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggggggg....!

Bapaku labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa!

Hang jangan nak buat pasai!

Hang nak pakai tudung buat apa???

Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!!

Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".
-Dipetik dari email seorang sahabat, sumber asal tidak diketahui.

Pastinya, bila baca tulisan diatas ni, akan ada yang tergelak-gelak sebab lucu. Betul tak?  Tapi, dalam pada kita ni bergelak-gelak, dapat tak kita tangkat mesej yang nak disampaikan oleh penulis ni?

Teringat pulak cerita Anakku Sazali... Aku ingat-ingat lupa dialog nya, tapi lebih kurang macam ni lah kot “Kalau 13tahun (emm... ye ke 13thn???) dulu bapak pukul Sazali, Sazali tak akan jadi seperti ini....”

Bukan senang sebenarnya, tugas mendidik anak-anak ni.  Besar dan berat tanggungjawab seorang ibu dan seorang bapa.  Kalau tersalah didikan, takut-takut bila anak ni sudah besar, akan menyusahkan ramai orang, termasuk ibu bapa sendiri.  Mulalah keluar ayat begini, “kecik-kecik tak nak mampus, dah besor menyusahkan orang!!”  Tapi yang bercakap tu lupa nasihat orang dulu-dulu, melentur buluh biar dari rebungnya. Kalau dah jadi buluh, memang la payah nak dibentuk.

Dalam sibuk seharian dengan kerja dan  tugas-tugas lain, kadang-kadang aku terfikir, dah terbaik ke didikan yang aku beri untuk Buchuks aku?  Cukupkah masa yang aku luangkan untuk mengasuh mereka?  Pendekatan yang aku guna untuk mendidik mereka, adakah memberi kesan kepada mereka?  Akan ingatkah pesanan-pesanan dan peringatan-peringatan yang aku berikan kepada mereka?  Berbagai-bagai soalan yang terlintas dalam kepala ni, bila memikirkan hal anak-anak ni.

Sebagai ibu, aku berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk Buchuks aku.  Tak akan aku berputus asa untuk mendidik Buchuks aku, supaya kelak mereka menjadi insan kamil.  Semoga Allah mempermudahkan segala usaha aku!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...