BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, January 30, 2011

Dah lama sangat senyap.

Pejam celik-pejam celik, esok dah 31 Jan 2011.  Dah sebulan kita berada dalam tahun  2011 ni.  Sekejap je kan!!! Tinggal 11 bulan je lagi menjelang 2012.  So, sepanjang bulan Jan 2011 ni, apakah azam tahun baru yang telah kita semua capai?  Sebelum jawap soalan tu, pertama mula kene lah tanya, korang dah tanam azam 2011 ke sebelum ni..hehehe.  Kalau yang belum ada azam tu,masih belum terlambat lagi sebab korang ada sebanyak 334 hari lagi untuk sampai ke hujung tahun ni... selamat mencuba!!!

Salah satu azam aku tahun ni, ialah untuk amalkan gaya hidup sihat bersama keluarga aku!  Bunyik macam azam biasa-biasa aja kan... tapi impaknya besar tau!  Sebab apa aku kata macam tu, tak lain kerana selama ni kami sekeluarga tak pernah pun buat aktiviti riadah seperti bersenam dan berjogging.  Selalunya, bila hujung minggu, kami akan berjalan-jalan dan mencuci mata sambil mengisi perut di shopping2 complex.  Kalau tak keluar, kami lepak-lepak dengan family sambil makan-makan.. makan lagi (camne tak bertambah gumuks..hahahah)

Jadi, awal tahun ni aku telah berbincang dengan Mr Hubby tentang aktiviti riadah ni.. sekurang-kurangnya seminggu sekali kami perlu bawa Buchuks berjogging atau pun main-main di taman.  Paling utama, kami sendiri juga perlu bersenam, dan membakar segala lemak-lemak yang lama terkumpul dalam badan ni.  Dalam usia yang semakin meningkat ni, kene lah jaga kesihatan kan...  Sekarang ni, bukan sesuatu yang mustahil dalam usia 30-an ramai yang mengidap masalah jantung....

Alhamdullillah, apa yang dirancang setakat ni, berjalan dengan jayanya.  Buchuks pun enjoy dengan outdoor activities yang kami buat.  Mana taknya, mereka dapat bermain sepuas hati di taman, sambil kami berjogging!




Antara aksi-aksi Buchuks semasa beriadah.  Seronok lihat gelagat mereka, bebas untuk mengekspresi diri bersama alam.  Bak kata iklan Milo, "play more,learn more!!!".

Selain dari azam untuk beriadah dengan konsistan, aku juga sudah mula merajinkan diri memasak untuk keluarga.  Bermula dengan masakan yang simple-simple, kini aku mula mencuba masak makanan yang lebih mencabar (mencabar sebab tak pernah cuba..hahahha)  Tapi, yang paling aku suka bila Yaya kata Mami masak sedap!! Tu yang tambah berkobar-kobar lagi semangat aku untuk menajamkan skill memasak aku.  Nanti, bila dah pandai ala2 Top Chef, aku akan postkan sesuatu yang menarik dalam blog ni... Tunggu ya :) 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...