BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 14, 2010

Jom berkenalan...Khas buat blogger baru.

Pagi ni bukak blog kazen Sunnies Mas, rasa macam teringin pulak nak join blogger komuniti ni secara aktif.  Ye la, seronok jugak kalau boleh tambah kawan kat sini kan.. Tapi sebelum nak mula, credit utk Ben Ashaari atas kesudian melapangkan masa untuk bagi sokongan moral & panduan untuk blogger-blogger baru seperti aku ni.





Salam perkenalan untuk semua dan selamat datang ke blog aku yang tak seberapa ni.  Untuk makluman semua, aku ni baru je berjinak-jinak dalam arena blog ni.  Sebelum ni, aku cuma sekadar jadi follower blog-blog orang lain saja.. tak terlintas pun nak buat blog sendiri, sehingga la bila aku pindah ke rumah sendiri, aku rasa kesunyian sebabnya terpaksa berjauhan dengan anak-anak aku.  Jadi disitulah timbul idea untuk buat blog ni, sebagai mengisi masa lapang aku.  Tapi, tak sangka pulak, rupa-rupanya bila ada blog sendiri ni best juga sebab kita boleh luahan idea kreatif kita disamping boleh meluahkan apa yang terbuku dalam kepala/perasaan yang sukar kalau kita nak suarakan secara bersemuka...

Masih banyak yang aku kene belajar tentang blog ni especially untuk jadikannya nampak lebih menarik, tertarik dan deBOMM!!! Al maklumlah, usia blog ni pun tak sampai sebulan di alam maya ni..hehehehe.  Yalah, blog kene la ada daya tarikannya tersendiri, baru la boleh nak tarik orang untuk datang selalu dan kalau ada yang nak jadi follower lagi bagus kan.... Walaupun pada awalnya, blog ni hanya untuk mengisi ruang kosong dalam hidup aku, tapi aku harap dengan adanya blog aku yang tak seberapanya ni, dapat menambah keceriaan dan berkongsi ilmu dengan semua.  Jadi, kepada sesiapa yang singgah ke sini, sudi-sudilah kiranya memberi tunjuk ajar dan panduan untuk aku ya.  Dan untuk En Ben terima kasih sekali lagi ya!!!

Amimarzsays : Berkawan biar beribu...musuh aku tak mau ya...
p/s : En Ben, entry aku ni penuhu syarat tak???

8 comments:

Azrul Hisham said...

salam ziarah dari blog Ben..

datang guling2 jap sambil baca entri kat sini (^_^)


Jom guling-guling disini pula:

Azrul Hisham -My Real Life

Cik Puan iLa said...

salam perkenalan..cik ila dh follow blog ni.:)

Mas Sani said...

salam perkenalan dari saya saudara jauh dimata tp dekat dihati hehehe...

Muhammad said...

saya dh buat dah...dtang laaaa snggah blog saya.....

Ainismaira said...

Hai.. Salam perkenalan :)

Aishah J said...

salam perkenalan....

singgah la kat blog sy..

http://esyaan.blogspot.com

amimarz said...

terima kasih semua sebab datang singgah!!! Datang-datang selalu :)))

norh said...

salam perkenalan :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...