BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, November 16, 2010

Esok Raya!!!

Emm..tak senang hati duduk kat opis ni, kejap-kejap tengok kat luar, kejap-kejap tengok jam..tengok kiri - kosong, tengok kanan-dinding..ngeeeeeee... alahaiii........ sunyi la pulak.  Bila lah nak pukul 5.30 ni...lambatnya!!! Hujan kat luar tu dah berhenti ke belum... mintak-mintak pukul 5.30 ni dah tak hujan, kalau tak sure basah punya... menggigil la pulak dalam tren nanti... Tak sabar nak balik kampung ni...hehehe (macam dah lama benor la pulak aku tak balik kg ya...ngeeeeeee)

Alahai, apa agaknya mak aku tengah  buat sekarang ni ya??? Apa menu untuk esok?  Nasik impit, kuah kacang confirm ada... rendang ke ayam masak tauhu???  Da siap ke kelapa, serai, daging, kacang, cili, bawang?  Dah siap lah kot, sebabnya Andak ada kat rumah tu, misti dia tolong mak  kan.  Tapi kalau tak siap lagi, kene la aku tolong-tolong  apa yang patut malam ni.. Ye la, takkan semua nak siapkan pagi esok.. Mau kelam kabut dibuatnya kan.

Aku rasa petang ni jalan misti jemmed.  Sebab semua sibuk nak balik kampung. Sebab ESOK RAYA!!! Raya apa? Raya Haji @ Aidil Adha.  Di sesetengah tempat sambutan raya haji ni tak berapa meriah macam raya puasa, tapi raya tetap raya... Walaupun takde kuih raya & duit raya, tak salah kalau kita nak ambil kesempatan ni untuk menziarahi sanak saudara (esp yang tak sempat kita kunjungi  masa raya Aidilfitri yang lalu...ada ke?...)

Untuk semua yang nak balik kampung beraya, berhati-hati di jalan raya.  Utamakan keselamatan!!! Lambat sampai takpe, jangan tak sampai langsung.  Beringat-ingat semasa bergembira, jangan nanti mengundang duka.  Dalam kita bersuka ria, jangan dilupa pada yang kurang bernasib baik.  Harap-harap esok pagi kita bukan sekadar menadah tangan untuk menerima habuan daging korban tapi yang paling utama ialah penghayatan korban sebenar diambil ikhtibar dan jangan diambil mudah. 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, MAAF ZAHIR & BATIN

Amimarzsays : terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi berkunjung ke blog ni, dan double terima kasih juga yg sudi follow blog ni..

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...