BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 13, 2010

Cerita semalam.


Cuti hujung minggu yang memang aku tunggu-tunggu, sebab it's time untuk aku spend masa dengan Buchuks aku kat rumah aku sendiri...  Memang aku da jangka, aku akan sibuk sepanjang masa melayan karenah diorang ni...

Semalam, awal-awal pagi lagi, kami dah dapat tetamu…sapa lagi kalu bukan Dina dan Ain, anak jiran sebelah umah aku tu…  diorang ni kawan Buchuks aku kalau balik ke Senawang.  Walaupun baru sebulan lebih kami pindah ke sini, tapi budak-budak ni cepat mesra.  Tiap kali terserempak dengan mereka ni, misti bertanyakan pasal Buchuks aku… letih la gak masa mula-mula nak explain kat diorang ni, Buchuks aku tu kat kampong dengan nenek nya… bila cuti dan hujung minggu barulah ada kat sini…  kene la tunggu petang Jumaat baru lah aku akan ambil Buchuks aku ni…
Hari Jumaat tu, sampai je kami kat rumah, terus diorang ni panggil Buchuks aku, nak ajak main masak-masak… alahaiiii..teringat zaman kanak-kanak dulu… evergreen sungguh permainan masak-masak ni or playing pretends ni kan..hehehe

Sambil-sambil anak-anak ni main sama-sama, aku pun sediakan sikit makanan… superfast breakfast preparation - burger ayam dan mini sandwich. Coco crunch & apple kudapan sampingan.






Emm…tengok la diorang tu makan…cukup berselera je…sebenarnya, yang syok tu tengok diorang ni berlumba-lumba nak habiskan makanan diorang tu.. biasalah, budak-budak ni kalau makan berkawan memang cukup berselera.

Tengahari aku tak masak untuk lunch, sebab dapat invitation opening restaurant adik opismate aku kat Saujana Utama… Jauh tuuuuuu!!! Tapi disebabkan ada 1 menu yang memang aku minat giler, so aku ajak gak la Mr Hubby bawak aku ke Sungai Buloh!!!

Emmm…memang jauh!!! Kami ni memang la tak familiar dengan area Sg Buloh tu…ikut map yang dia bagi, macam complicated la plak… orang tua2 kata, "malu bertanya, sesat jalan", so kami singgah la bertanya kat kedai runcit kat area Sg Buloh tu... Mamat tu kata " terus, lepas 3 traffik lights, masuk kiri...." betul!!! Kami sampai dengan selamatnya ...




Hah…ni la kedai yang kami nak pergi tu..Ruen Thai Corner… gambor ni aku amik dari dalam kereta…sebenarnya, masih lagi malu-malu nak amik gambar beriya-iya..(kalu malu tak yah la nak jadi blogger kan…huhuhu)

Masa sampai tu ada la 3 orang opismate yang dah sampai… Tengok diorang makan, terliur la plak aku..  So, tak tunggu lama, aku pun join diorang sekali la..  Sedap punya pasal, aku boleh terlupa nak snap gambor2 masa kat sana.. Tadi aku ada kata, aku datang ni pun sebab menu special yang diorang sediakan.. Nasib baik sempat ambil gambor ni sebelum semuanya habis masuk dalam perut aku…hehehehehe



Hah!!! Inilah dia, Niam Kang (harap2 betul la ejaan nya ya….) apa benda nya ni..ini la dia salah satu hidangan Thai.  Sekali pandang macam daun sireh, tapi sebenarnya daun kaduk… Nak makannya pun ala-ala makan sireh, tapi of course la bukan kapur & pinang…hehehehe

So, macam mana nak makan Niam Kang ni… Caranya ialah masukkan bahan-bahan nya iaitu kacang tanah, hirisan kelapa, halia, bawang besar, limau nipis, cili padi, udang geragau dan yang paling penting ialah kuahnya (kuah ni manis rasanya).  Bila dah masukkan semua bahan-bahan ni, bungkus macam sireh, dan apa lagi, masuk mulut laaaaaa…emmm…sedap giler!!! Cukup semua rasanya.. ada rasa manis, masam, lemak, pedas ditambah rasa udang geragau tu… tapi hati-hati, kalau tergigih cili tu, cepat-cepat la minum air..berasap telinga!!!!  Sambil-sambil bersembang, tak perasan habis sepinggan mengadap benda ni...ngeeee

Masa on the way tadi, tetiba macam teringin nak singgah rumah kazen Sunnies Mas...(dia siap dah post kat blognya, aku nak datang rumah dia).  Dah lama dia ajak, tapi tak berkesempatan nak pegi.  Since dah dekat dengan rumah dia, so aku ingat nak nak singgah la kejap.   Tapi balik dr Saujana Utama tu, Mr Hubby ikut direction dari Hubby kawan aku (sbb dia dok sibuk cakap tadi hampir-hampir sesat), so kawan tu bagi direction yang senang la pulak…  Tup-tup, kami sampai ke Tol Batu Tiga, Shah Alam…. Alamak!!! Jauh la plak nak pusing balik ke Sri Damansara!!!  So, kami pun terus je la balik ke PD..(huhuhu, tak kesampaian gak aku nak bertandang ke rumah kazen aku tu).   Sampai je kat rumah Mak aku, memang orang tua tu tengah tunggu-tunggu aku balik…memang tepat la langkah kami.

2 comments:

Mas Sani said...

sungai buluh kt belah mana restoran tu? besh tak makanan dia? mas suka makan tomyam putih...

amimarz said...

dari toll Sg Buloh, terus ikut signboard ke Saujana Utama - kedainya sederet dengan KFC & Ani Sup Utara. Sedap!!! try songtam/kerabu betik dia skali. tomyam ada, tp bukan yang putih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...